Anak-anak buah Jurgen Klopp kini mendahului liga dengan dua mata meninggalkan Manchester City selepas menundukkan Tottenham 2-1, Ahad lalu.

Bagaimanapun, City mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan dan Liverpool turut berharap skuad The Citizens melakukan kesilapan menuju penghujung musim.

"Secara jujur, saya fikir kami perlu menang semua enam baki perlawanan.

"Biarpun ia tidak mudah tetapi saya yakin kami boleh melakukannya. Liverpool pasukan yang bagus dan bermain dengan amat baik," kata Mane kepada Skysports.

Ketika ditanya apakah takdir akan menyebelahi Reds untuk memenangi gelaran liga pertamanya sejak 1990, Mane berkata, dia tidak pasti.

"Masih ada beberapa perlawanan untuk diharungi dan kita tidak tahu apa akan berlaku tetapi kami telah menunjukkan isyarat yang bagus," ujar penyerang Senegal itu lagi. - AGENSI

ENAM BAKI PERLAWANAN

5 April

Southampton lwn Liverpool

14 April

Liverpool lwn Chelsea

21 April

Cardiff lwn Liverpool

27 April

Liverpool lwn Huddersfield

4 Mei

Newcastle lwn Liverpool

12 Mei

Liverpool lwn Wolverhampton