Semuanya ga­­­ra-gara sikap di­ngin kerajaan ne­geri yang sehingga kini hanya memandang sebelah mata tuntutan BB­PS agar Stadi­um Shah Alam di­kembalikan sebagai gelanggang tuan rumah buat Red Giants de-ngan mengetepikan semua permasalahan politik.

Jurucakap BBPS, Mohamad Firdaus Abdul Mutalib sekali lagi mendesak kerajaan negeri membuktikan bahawa kepemimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ‘peduli rakyat’ dengan membenarkan Selangor bermain di stadium berkenaan.

“Dari segi permainan malam tadi, aksi yang dipamerkan Sela­ngor cukup bertenaga apabila berjaya membelasah Melaka United dengan jumlah gol yang besar tetapi seluruh warga yang hadir di Stadium Cheras tahu ada isu yang tidak selesai.

“Hampir di seluruh penjuru stadium terpampang kain rentang besar menuntut kerajaan negeri membenarkan Red Giants bermain di Stadium Shah Alam dan jika benar slogannya ‘peduli rak­yat’ mengapa sehingga kini Menteri Besar membisu?

“Bola Sepak ini sukan rakyat, cukup-cukuplah bermain politik murahan kerana kes ini sudah dua tahun berlalu dan tuntutan ini pula datangnya daripada rakyat, bukalah mata dan bukalah hati,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Minggu lalu, BBPS menyerahkan memorandum mengandungi 15,000 tandatangan penyokong Selangor dan memberikan tempoh 48 jam kepada Mohamed Azmin untuk membuat kata putus tetapi semuanya tidak dipedulikan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Mohamad Firdaus memberitahu, penyokong Selangor serta rakyat sudah penat menyaksikan drama politik murahan dan usaha menuding jari kepada Persatuan Bola Sepak Se­langor (FAS) sedangkan ‘pemegang kunci’ adalah Mohamed Azmin.

“Kalau kita asyik mencipta dan memberi alasan atau menu­ding jari, kesannya adalah kepada pasukan dan peminat keseluruhan­nya sedangkan kunci penyelesaian kepada isu ini ada pada Menteri Besar,” katanya.