Mane, 26, berjaya membentuk jentera serangan berbahaya buat Liverpool di samping Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Bintang Senegal itu memberitahu, ibu bapanya tidak pernah percaya bola sepak mampu memberikan kejayaan buat dirinya dan mendesaknya untuk menjadi seorang guru.

“Saya dilahirkan di sebuah kampung yang mana tiada seorang pemain bola sepak berjaya ke kejohanan utama.

“Saya masih ingat ketika saya masih kecil, ibu bapa saya mengingatkan saya untuk belajar dan menjadi guru kerana bagi mereka bola sepak adalah sesuatu yang hanya membuang masa dan saya tidak akan berjaya.

“Saya sentiasa berkata kepada mereka bahawa pekerjaan ini akan membolehkan saya membantu mereka dan saya fikir saya ada peluang untuk menjadi pemain profesional.

“Mereka tidak pernah percaya dengan saya sehingga hari saya menandatangani kontrak profesional pertama saya,” katanya.

Mane menyertai Metz pada 2011 sebelum menyertai Red Bull Salzburg dan Southampton dan akhirnya menyertai Liverpool. –AGENSI