Di Wembley, pemain veteran, Jermain Defoe, 34, mencatat nama sebagai penjaring dalam penampilan semula dalam skuad kebangsaan negaranya ketika England membenam Lithuania 2-0 di laman sendiri. Satu lagi gol disumbang pemain gantian, Jamie Vardy.

Berbeza dengan Jerman yang beraksi di gelanggang lawan di Baku, skuad bimbingan Joachim Loew itu tidak menghadapi masalah menewaskan Azerbaijan 4-1 dengan Andre Schuerrle (2), Thomas Mueller dan Mario Gomez menjadi penyumbang gol kemenangan mereka itu. - AFP

KEPUTUSAN HARI INI

Kumpulan C

Azerbaijan 1 Jerman 4

San Marino 0 Republik Czech 6

Ireland Utara 2 Norway 0

Kumpulan E

Armenia 2 Kazakhstan 0

Montenegro 1 Poland 2

Romania 0 Denmark 0

Kumpulan F

England 2 Lithuania 0

Malta 1 Slovakia 3

Scotland 1 Slovenia 0