Presidennya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, KUFC mengamalkan konsep perbelanjaan secara berhemah dalam mendapatkan pemain bagi memastikan pasukan itu tidak berdepan dengan masalah kewangan pada masa hadapan.

“Kita pun sedari bahawa bola sepak perlukan sumber kewangan besar dan kukuh dalam menggerakan pasukan.

“Sebab itu kita belanja ikut kemampuan dengan prinsip ukur baju dibadan sendiri. Kalau ikut nafsu (dalam berbelanja) kita teringin nak jadi macam Johor Darul Ta’zim dengan bawa masuk pemain-pemain yang hebat,” katanya.

Che Abdullah memberitahu, beliau bagaimanapun lega kerana barisan pemain kedudukan kewangan pasukan.

Katanya, KUFC juga berterima kasih kepada pemain-pemain ‘otai’ sudi menyarung jersi dan berbakti bersama pasukan berkenaan.

“Besar harapan kita agar KUFC mampu melangkah jauh dan layak ke saingan Liga Perdana musim depan,” ujarnya.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, Kelantan United kini menghuni tangga ketiga dalam saingan Liga M3 dengan mengumpul 16 mata hasil lima kemenangan satu seri dan satu kalah.

Kelantan United kini hanya dibezakan tiga mata dengan pendahulu M3 Kuching FA.

Baru-baru ini, KUFC membawa masuk bekas kapten The Red Warriors (TRW) Mohd. Badhri Radzi atau Piya untuk memperkuatkan lagi pasukan

Selain Piya, kita turut bawa masuk beberapa pemain yang sudah ‘masak’ dengan saingan liga antaranya Mohd. Nizab Ayub (Perak); Mohd. Azrean Aziz (T-Team); Wan Mohamad Ridhwan Deraman (Kelantan) dan Mohd Ainan Yusoff (Piala Presiden Kelantan).

Bukan itu sahaja KUFC turut membawa masuk tonggak import dari Gambia Alfusainey Gassamu. - UTUSAN ONLINE.