Kekalahan tersebut menyaksikan The Red Warriors (TRW) menjadi pasukan kedua yang akan bersama-sama skuad Negeri Sembilan ke liga berkenaan.

Tuan rumah membuka jaringan pada lewat babak pertama selepas kaptennya, Tchetche Kipre berjaya memperdaya pertahanan lawan sebelum menewaskan penjaga gol pelawat, Shahrizan Ismail.

Bersambung babak kedua, TFC I berjaya menggandakan jaringan menerusi pemain pertahanannya, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri pada minit ke-53 sekali gus mengesahkan skuad kendalian Yusri Che Lah turun pangkat musim depan.

Kekalahan itu menyaksikan Kelantan dan Negeri Sembilan berkongsi 15 mata daripada 21 perlawanan dengan liga berbaki satu perlawanan lagi.

Sementara itu, juara liga lima kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melakar kemenangan apabila menewaskan PKNP FC 2-1 di Stadium Perak. - UTUSAN ONLINE