Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kelantan sah ikat Bako

BAKO KELANTAN
BAKO (tiga kiri) bersama Annuar Musa (kanan) pada sidang akhbar memperkenalkan pemain itu di Kota Bharu hari ini.-UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 18 Mei - Penyerang import dari Lebanon Abou Bakr Al-Mel atau Bako sah akan menggantikan Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Penaja utama The Red Warriors (TRW) Tan Sri Annuar Musa berkata, pemain tersebut mengikat kontrak selama satu setengah tahun bersama Kelantan.


“Sekiranya urusan perpindahan ini berjalan lancar, Bako akan membuat penampilan pertama pada pertemuan Liga Super dengan Pulau Pinang pada 24 Mei ini.


“Bako adalah pemain terbaik Liga Lebanon dan merupakan penjaring terbanyak.


“ Kita percaya kehadiran pemain ini mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ghaddar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. -UTUSAN MALAYSIA.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain