Ketua Jurulatihnya, Zahasmi Ismail berkata, ia berikutan kebanyakan daripada kesebelasan utama seperti Mohd. Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad telah beraksi empat perlawanan berturut-turut dalam tempoh dua minggu.

“Saya terpaksa menggilirkan pemain-pemain berkenaan bagi mengelakkan mereka letih kerana kita mempunyai jadual padat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Walaupun Kelantan tidak menurunkan pemain berbisa mereka dalam perlawanan esok, Zahasmi yakin The Red Warriors akan tetap memberi persembahan memuaskan, sekali gus mencipta kemenangan di laman sendiri.

“Saya tahu keyakinan penyokong mula terhakis terutama selepas kalah dua perlawanan berturut-turut di tempat sendiri dan hanya kemenangan akan dapat mengembalikan sokongan penyokong kepada kami.

“Justeru, The Red Warriors perlu bangkit pada perlawanan malam esok walaupun kita berdepan antara pasukan terbaik Liga Super musim ini,” katanya lagi.

Kelantan kini berada pada kedudukan ke lapan Liga Super dengan memperoleh enam mata selepas empat perlawanan iaitu dua menang dan dua seri. - BERNAMA