KEVIN RAMALINGAM

Tindakan pemotongan mata tersebut dilakukan selepas kesemua pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran iaitu mengemukakan surat-surat selesai bayaran tunggakan dari tahun-tahun sebelum 2017.

Sekiranya keempat-empat pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran tersebut sebelum 15 Mei ini, mereka dilarang daripada mendaftar pemain baharu sepanjang tempoh pendaftaran kedua sehingga segala tuntutan diselesaikan sepenuhnya.

Keputusan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, sebentar tadi.

“Jika mereka gagal melengkapkan proses pendaftaran sebelum 15 Mei 2017, maka pasukan terbabit dilarang daripada mendaftar pemain baharu semasa jendela perpindahan kedua dibuka.

“Kegagalan untuk melengkapkan proses pendaftaran sebelum hari terakhir musim 2017 pada 31 Oktober 2017 akan menyebabkan mereka disingkirkan daripada liga yang disertai,” katanya. - UTUSAN ONLINE