Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Cristiano Santos pada waktu kecederaan hasil sepakan penalti. Kemenangan tersebut membolehkan skuad kendalian Yusri Che Lah naik ke tangga kedua hasil empat mata di belakang pendahulu, MISC-MIFA dengan enam mata.

Dalam satu lagi aksi Piala Malaysia menyaksikan Melaka United bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat PDRM 2-2 di Stadium Hang Jebat. PDRM mendahului dua gol hasil penalti WoonSub Sim pada minit ke-48 dan percubaan Mohd. Nabil Ahmad pada minit ke-78.

Bagaimanapun, ketika kemenangan seperti berpihak kepada PDRM, skuad kendalian E. Elavarasan bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ifedayo Olusegun pada minit ke-85 dan Yahor Zubovich pada minit kecederaan babak kedua. - UTUSAN ONLINE