Turun dengan misi memburu tiga mata, Kelantan terlepas peluang untuk memecah kebuntuan jaringan apabila tandukan lemah Syafiq Sharudin gagal menepati sasaran biarpun penjaga gawang pelawat Abdul Hadi Abdul Hamid sudahpun tertewas.

Seminit berselang, Kedah membalas serangan Kelantan menerusi rembatan kencang Abdul Halim Shaari yang sedikit sahaja melecong daripada gawang gol tuan rumah.

Bersambung babak kedua, Muhammad Daniel Asyraf Abdullah menghadirkan kecerian buat Kelantan dengan meledakan jaringan pertama pada minit ke-51 apabila berjaya menyudahkan hantaran Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Kedah cuba bangkit selepas itu dan hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak dekat Muhammad Akhyar Abdul Rashid sedikit sahaja melewati gawang gol Kelantan.

Minit ke-74, pelawat sekali lagi terlepas untuk mendapatkan jaringan penyamaan apabila tandukan Muhammad Akhyar berjaya di selamatkan oleh Mohamas Faridzuean Kamarudin di gawang gol Kelantan.

Menuju minit-minit akhir perlawanan Nik Akif muncul wira Kelantan apabila meledakan jaringan kedua sekaligus mengesahkan kemaraan ke saingan suku akhir mengiringi Johor Darul Ta'zim (JDT). - UTUSAN ONLINE