“Bola sepak merupakan permainan yang sukar diramal dan sebab itu kita sangat menyukai sukan tersebut.

“Sekarang kami hanya perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pertemuan itu dan mempamerkan aksi terbaik kami di atas padang bagi mengekalkan keputusan,” kata Wenger kepada pemberita di Moscow, hari ini, selepas menyaksikan Barcelona tersingkir daripada Liga Juara-Juara menerusi keputusan sama pada timbal balik pertama.

Gunners kini menghuni kedudukan keenam dalam carta Liga Perdana Inggeris, keciciran 13 mata di belakang pasukan yang berada di tempat keempat, Tottenham Hotspur.

Hanya empat pasukan terbaik dalam Liga Perdana yang akan melayakkan diri ke Liga Juara-Juata. Ini bermakna satu-satunya laluan Arsenal untuk kembali ke kancah pertandingan berprestij itu ialah dengan menjuarai Liga Europa.

Trofi tersebut juga merupakan satu-satunya piala yang mampu dijulang Gunners, musim ini.

“Liga Europa merupakan sasaran utama kami, musim ini, berikutan saingan dalam liga domestik tidak berjalan dengan lancar.

“CSKA sangat kuat di bahagian tengah. Mungkin bahagian tengah terkuat dalam Liga Rusia. (Alan) Dzagoev dan (Alexander) Golovin telah membuktikan kualiti mereka dalam perlawanan di London.

“Kami kini berada di peringkat lapan akhir dan masih perlu mempamerkan permainan terbaik kami untuk layak ke separuh akhir,” kata Wenger yang menyedari bahawa peluang CSKA tidak boleh diketepikan sama sekali.

Wenger telah bergelar pengurus Arsenal sejak 1996, tetapi dia masih belum pernah memenangi trofi Eropah bersama kelab itu, setelah mereka tumpas menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala UEFA 2000 dan tewas di tangan Barcelona dalam final Liga Juara-Juara 2006. - AFP