Penyerang Argentina itu terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bercuti di Belanda dan terlepas aksi liga terakhir City menentang Chelsea yang berkesudahan menang 1-0 selain tidak beraksi di kelayakan Piala Dunia 2018 bersama skuad negaranya.

“Saya tidak tahu berapa hari dia perlu direhatkan. Saya fikir pemain perlu rehat daripada segi mental dan fizikal. Mereka boleh menikmati kehidupan dan saya mahu mereka berseronok. Jika mereka mahu pergi ke mana-mana saya tiada masalah,” kata jurulatih City, Pep Guardiola.

Aguero berada di Amsterdam pada bulan lalu kerana mahu menyaksikan sebuah konsert.

Peminat City bimbang penjaring terbanyak pasukan itu yang sudah meledak tujuh gol dalam semua kejohanan pada musim ini terpaksa diketepikan untuk tempoh yang lama namun teruja sebaik sahaja melihat kelibatnya di padang latihan. - REUTERS