Insiden pecah masuk itu hanya disedari isterinya, Louisa Fernandez pada pukul 11 malam waktu tempatan dan Emery tiba di kediamannya sehari selepas kejadian.

Antara barangan yang dicuri termasuk jersi yang ditandatangani Neymar, jam rolex bernilai 6,000 pound (RM32,883) dan dua beg jenama Chanel dengan aggaran kerugian sebanyak 18,000 pound (RM98,650).

“Pintu ditutup tetapi tidak berkunci. Perompak mengambil beg tangan mewah, barang kemas, jersi serta pakaian berjenama,” kata polis yang mengesahkan kejadian itu.-AGENSI