Dalam saingan di Stadium Darul Aman itu dua gol tuan rumah menerusi Baddrol Bakhtiar dan Liridon Krasniqi masing-masing pada minit ke-45 serta 89 memadai untuk Kedah menang 2-0 ke atas skuad Tok Gajah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula, Terengganu meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Perak 2-0 dengan dua jaringan tersebut disumbang Kipre Tchetche pada minit ke-26 dan 52.

Sementara itu Kuala Lumpur mengubati kekecewaan pada dua perlawanan terakhir apabila mengejutkan Kelantan 5-1 pada saingan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Tiga lagi perlawanan Liga Super akan berlangsung esok pukul 10 malam melibatkan JDT menentang Negeri Sembilan, Melaka United-PKNS FC dan PKNP FC-Selangor.- UTUSAN ONLINE