Messi meledakkan 34 gol dalam 68 perlawanan buat Barcelona mengatasi penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan Harry Kane dari Tottenham, sementara Cristiano Ronaldo yang meraih gelaran itu empat kali sekadar menjaringkan 26 gol dalam 52 perlawanan bersama Real Madrid.

“Sebenarnya saya tidak sangka perkara ini akan berlaku ketika saya mula bermain dahulu, malah saya bagaikan bermimpi untuk bermain bola sepak secara profesional. Dapat menikmati kejayaan membuatkan saya sangat teruja dalam masa sama tidak pernah menjangkakan meraih begitu banyak kejayaan.

“Saya sukakan segala usaha saya bersama pasukan dan rakan sepasukan di dalam sebuah skuad terbaik di dunia kerana membuatkan semuanya lebih mudah,” kata Messi.

Dalam majlis anugerah itu turut dihadiri Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, serta bintang-bintang dunia seperti Sergio Busquets dan Sergi Roberto.

Sementara itu, Messi turut memberi komen mengenai undian Liga Juara-Juara yang menyaksikan Barcelona diundi menentang Lyon dalam pusingan 16 terbaik.

“Lyon adalah lawan yang sukar. Sungguhpun mereka tidak dikenali sebagai pasukan terkuat, namun mereka berbahaya seperti yang ditunjukkan ketika menentang Manchester City, satu daripada pasukan terbaik di dunia,” kata Messi. – AFP