Penerima Kasut Emas dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) selama ini amat bangga setiap kali menjulang trofi, namun apa yang berlaku pada Isnin lalu sebalik­nya apabila mereka tidak tahu sama ada mahu tergelak atau terharu de­ngan hadiah yang diterima.

Ini kerana trofi yang diterima bersaiz sebesar tapak tangan dan rekaannya agak pelik hingga diberi pelbagai gelaran seperti mi­niatur kasut Cinderella, pe­ngasah pensel dan rantai kunci (keychain).

“Dia (pengurus projek) telah mengambil keputusan sendiri menggantikan trofi itu tanpa mengikut garis panduan. Pada edisi 2016 dan 2017, trofi Kasut Emas ditaja khas oleh Nike.

“Kali ini, individu yang diberi tanggungjawab terlewat berhubung dengan Nike menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan trofi dalam waktu terdekat. Dia membuat keputusan sendiri tanpa memaklumkan kepada pengurusan bagi menutup kesilapannya.

“Kita telah berhubung de­ngan Nike dan mereka memberi jawapan akan menggantikan ‘benda’ itu dengan trofi sebenar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam.

Kevin mendedahkan, trofi itu telah disorok oleh kakita­ngan tersebut sebelum majlis dan ha­nya diperkenalkan ketika upacara berlangsung.

MFL juga sudah menerima surat peletakan jawatan dan penjelasan daripada kakitangan bertanggungjawab.

Sebelum itu, Tunku Ismail dalam Twitter turut mengkritik trofi berkenaan.

“Ini bukan kasut Emas. Ini kasut versi mini Cinderella.. Haha.. Maaf, saya tidak dapat menerima. MFL, lebih baik anda ambil tindakan, jika tidak saya terpaksa menyiku. Bertindak,” tulis Tunku Ismail.

Shafiq Shahrudin dari Kelantan menerima anugerah penjaring terbanyak Liga Super (pemain tempatan) manakala Rufino Segovia (Se­langor) bagi pemain import.