Ratusan mesej diterimanya di laman sosial dan kesemuanya diperiksa oleh Polis Merseyside selepas aksi final kejohanan tersebut.

Pemain dari Jerman itu dan keluarganya menjadi tumpuan untuk menerima mesej berbaur kebencian selepas kesilapan yang dilakukan Karius apabila dia cuba membaling bola kepada rakan sepasukan namun dihalang penyerang Real, Karim Benzema sebelum bola menerjah ke dalam gawang.

Bukan itu sahaja, malah Karius juga gagal menampan dengan kemas rembatan Gareth Bale sekali gus memberi gol ketiga Real.

Terdapat beberapa mesej yang ditujukan kepada teman wanita Karius apabila ada dalam kalangan peminat berkata;’Saya harap anda dapat penyakit kanser. -AGENSI