Liverpool berkongsi 23 mata bersama pendahulu, Manchester City selepas tamat sembilan perlawanan. Mereka masih gagal me­rangkul kejuaraan ke-19 sejak kali terakhir muncul juara pada 1990.

Cardiff yang dimiliki hartawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan mencatat kemenangan pertama­nya musim ini dengan menum­paskan Fulham 4-2, minggu lalu.

Bagaimanapun mereka berdepan cabaran getir untuk meneruskan momentum kerana perlu menentang pasukan yang belum kalah musim ini.

“Ia sukar dijangka te­tapi saya gembira jika Li­verpool memenanginya.

“Saya mahu melihat Li­verpool menjulang kejua­raan kerana ia adalah perkara hebat buat kelab besar seperti mereka untuk me­rangkul Liga Perdana.

“Liverpool kelab ter­kenal yang sarat dengan sejarah, namun mereka perlu be­kerja keras untuk mengalahkan Manchester City.

“Harap perebutan gelaran akan berlangsung sengit. Ia pasti menyeronokkan buat peminat bola sepak,” katanya kepada Sky Sports.

Kenyataan Morrison me­ngundang kritikan di media sosial.

Pemilik akaun GoaIKepa dalam Twitter menulis: “Timbul keraguan kerana Cardiff perlu bertemu Liverpool dua kali musim ini”.

“Daripada segi persaingan, pemikiran seperti ini sangat teruk, namun apabila anda bercakap secara terbuka, ia tidak boleh diterima,” tulis Kypros13.

Sementara itu, jurulatih Cardiff, Neil Warnock mengakui, pasukannya berdepan misi ‘hampir mustahil’ untuk me­ngalahkan Liverpool di Anfield.

“Kami perlu memberi 100 peratus untuk mencabar Li­verool tetapi saya fikir tiga pe­nyerang mereka (Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane) antara yang terbaik di dunia,” katanya. – AGENSI