Real berminat untuk membawa masuk juara dunia itu apabila Zinedine Zidane mahu memastikan kelab gergasi Sepanyol tersebut kembali ke landasan dalam perebutan kejuaraan sama ada di peringkat domestik mahupun Eropah.

Bagaimanapun, Kante menegaskan dia akan ke mana-mana kerana dia masih mempunyai misi yang belum disempurnakan bersama The Blues.

“Saya di Chelsea dan saya mempunyai sasaran di sini, apa yang diperkatakan di tempat lain tidak penting. Saya masih di Stamford Bridge dan itu fokus saya,” katanya.

Selain Kante, rakan sepasukannya, Eden Hazard turut dikaitkan akan menyertai Real Madrid pada musim panas ini. - AGENSI