Kane disahkan mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki kirinya selepas aksi menentang Manchester United, Ahad lalu dan ini adalah musim ketiga berturut-turut kapten England itu terlepas aksi bersama Spurs kerana kecederaan sama.

“Berdasarkan penilaian pertama, kami mengesahkan bahawa Harry Kane mengalami kecederaan ligamen di pergelangan kaki kiri dan kini dia akan terus dipantau kakitangan perubatan.

“Kini dia kerana perlu menjalani proses pemulihan dan dijangka akan kembali menjalani latihan pada awal Mac,” kata Tottenham di dalam web rasmi kelab berkenaan, hari ini.

Ketika ini Spurs berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dengan 48 mata kurang sembilan mata daripada pendahulu, Liverpool selepas 22 perlawanan berlangsung. - AFP