Ketika ini penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menghuni kedudukan pendahulu penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan sembilan gol.

Jumlah jaringan diraih Kane dalam kempen kejohanan Eropah itu membolehkan dia menyamai rekod pemain Inggeris terbanyak Steven Gerrard ketika musim Liga Juara-Juara 2008/2009.

Dalam perlawanan tersebut, Kane menjaringkan gol pembukaan buat Spurs pada minit ke-35 manakala satu lagi gol kelab itu diraih menerusi Christian Eriksen sewaktu minit ke-71.

Sementara dua gol Juventus, dijaringkan oleh Gonzalo Higuain seawal minit kedua dan penalti ketika minit kesembilan. - AGENSI