Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kane buru Kasut Emas Liga Perdana Inggeris

PENYERANG Tottenham Hotspur, Harry Kane (tengah) menjaringkan
PENYERANG Tottenham Hotspur, Harry Kane (tengah) menjaringkan gol ketika menentang Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - REUTERS

LONDON 19 Mei - Harry Kane mengakui anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris berada dalam fikirannya ketika meledak empat gol bagi membantu Tottenham meraih kemenangan 6-1 ke atas Leicester, awal pagi tadi.

Penyerang Spurs itu kini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 26 gol, lebih dua gol daripada Romelu Lukaku daripada pasukan Everton yang bakal beraksi hujung minggu ini.

Kata Kane, dia akan cuba untuk mengekalkan kedudukan penjaring terbanyak sewaktu aksi terakhir liga menentang Hull pada Ahad ini.

“Saya banyak fikirkan tentang perkara tersebut iaitu mahu mendapatkan jumlah jaringan yang banyak malah ini juga adalah kali pertama saya meledak empat gol dan ia sesuatu yang indah buat saya.

“Kini saya mahu menambah satu atau dua gol lagi dan diharap dapat melakukannya sewaktu perlawanan terakhir nanti,” kata Kane. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain