Jaringan hatrik Gerard Deulofeu menghukum skuad Bluebirds di depan penyokong mereka sendiri manakala dua lagi jaringan pelawat disempurnakan Troy Deeney.

Warnock bagaimanapun berang kerana Hooper enggan menghadiahkan penalti ketika pasukannya baru ketinggalan 0-1 dalam situasi yang cukup jelas.

Josh Murphy dilihat dijatuhkan dalam kawasan penalti oleh Daryl Janmaat di hujung babak pertama, dan Watford mengambil kesempatan dengan menghukum tuan rumah pada separuh masa kedua.

Kekalahan ini menyebakan Cardiff kini hanya dipisahkan satu mata dari zon penyingkiran.

"Tiada siapa boleh memahaminya.

"Keputusan seperti itu mampu merubah perlawanan. Saya tidak faham mengapa ia (penalti) tidak diberikan.

"Ia bukan alasan kami dibolosi lima gol tetapi semua orang tahu, situasi itu telah merubah perlawanan," kata Warnock kepada Sky Sports. - AGENSI