Liverpool memberi reaksi baik terhadap kemenangan City ke atas Watford pada Sabtu lalu, apabila bangkit daripada ketinggalan selepas Burnley membuka jaringan secara kontroversi, dengan Roberto Firmino dan Sadio Mane masing-masing meledak dua gol.

Kemenangan tersebut membuktikan bahawa skuad kendalian Klopp itu, yang bakal diterbangkan ke Bayern Munich bagi perlawanan peringkat 16 akhir kedua Liga Juara-Juara Khamis ini (waktu Malaysia), mampu mengawal tekanan dengan baik.

“Mesej hari ini jelas bahawa tiada siapa yang mampu menghalang kami. Kami mempunyai gabungan yang sempurna untuk berjuang menentang pihak lawan dan bermain bola sepak.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah memastikan kami kekal dalam persaingan yang sangat menarik di kedudukan teratas. Kami tidak mempunyai masalah dengan keyakinan, kami berada dalam keadaan yang baik,” kata Klopp.- AFP