Khairul Helmi yang lebih mesra de­ngan panggilan Keon mengakui barisan pemain sedia ada kini lebih matang dan berada dalam prestasi terbaik menjelang final bertemu Pahang di Stadium Shah Alam esok.

“Sasaran kami adalah layak ke final dan telah berjaya. Ini peluang terbaik untuk kami selepas dikecewakan oleh Ne­geri Sembilan menerusi sepakan penalti penentuan pada 2010.

“Prestasi semua rakan sepasukan ber­ada dalam keadaan baik dan telah bersiap sedia untuk beraksi di final. Pastinya kami semua akan mempamerkan aksi terbaik dan berharap mampu membawa pulang Piala FA ke Alor Setar,” katanya dalam sidang akhbar menjelang aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam hari ini.

Pada 2008 Khairul Helmi sekadar me­nyaksikan rakan-rakannya beraksi dalam final serta meraikan kejayaan muncul juara.

Katanya, ketika ini semua pemain ber­ada dalam keadaan baik kecuali pemain pertahanan dari Australia, Zachary Michael Anderson yang mengalami sedikit kecederaan.

Keon, 29, bagaimanapun berkata pemain lain juga mampu bergandingan dengannya esok sekiranya Anderson tidak dapat beraksi.