Neymar mempamerkan aksi memukau meskipun sebelum ini terpaksa berehat panjang akibat kecederaan buku lali apabila menjaringkan satu gol untuk menewaskan Croatia 2-0 di Anfield.

Neymar menyertai PSG dengan rekod perpindahan termahal dunia dengan nilai 222 juta euro (RM1 bilion) meninggalkan kelab lamanya, Barcelona dirakam menukar jersi dan menurunkan tandatangannya bersama Modric.

Sebelum ini, timbul cakap-cakap bahawa penyerang PSG itu akan meninggalkan Ligue 1 untuk menyertai Real dan Modric dilihat berkata kepada Neymar;’Kami menunggu anda.

Presiden Real, Florentino Perez mengakui dia pernah cuba mendapatkan khidmat Neymar sebelum pemain itu menyertai Barca pada 2013 malah minatnya terhadap bintang berusia 26 itu tidak pernah luntur. - REUTERS