Madrid akan bertemu Ajax dalam aksi pertama pusingan kalah mati awal pagi esok (waktu Malaysia), berharap dapat menjulang trofi kejohanan tersebut buat kali kelima dalam tempoh enam tahun.

Bayern Munich dan Ajax sebelum ini pernah memenangi kejohanan berprestij di Eropah itu tiga kali berturut-turut namun Madrid berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara lima kali berturut-turut sekitar tahun 1950-an.

“Saya percaya kami boleh memenanginya buat kali keempat. Setiap tahun, jika anda tanya pasukan pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara, saya fikir mereka akan berkata Real Madrid. Kami pasukan yang bagus dengan pengalaman yang ada dan kami akan membuktikannya dengan menewaskan Ajax,” katanya. - AFP