Juventus mampu melangkah ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara sekiranya menang ke atas Manchester United, awal pagi esok.

“Keadaan sangat baik ketika ini tetapi kami masih belum merangkul sebarang trofi kejuaraan.

“Esok, kami berpeluang mencapai objektif pertama musim ini sama ada menjadi juara kumpulan atau sekadar layak dan kami ada dua lagi perlawanan untuk mengesahkan kedudukan pertama.

“Paling penting ialah melangkah ke bulan Mac dalam keadaan terbaik dan menjadi pesaing terbaik dalam semua pertandingan termasuk Super Cup Itali yang menyaksikan kami akan berdepan AC Milan pada 16 Januari ini,” katanya.-AGENSI