Kagawa yang beraksi cemerlang sebelum ini bersama Dortmund dengan membantu mereka menjuarai gelaran liga pada 2011 dan 2012, sebelum ke United, menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya ketika menewaskan Freiburg 3-1.

Sebanyak 80,200 penonton bersorak malah membentang kain rentang bagi mengalu-alukan kepulangan pemain berusia 25 tahun itu dan mereka berharap gol itu bukan yang terakhir buat pasukannya.

"Shinji bermain dengan bagus, terutamanya pada waktu sekarang di mana kami dilanda krisis kecederaan. Dia masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri namun selagi dia bersama kami semuanya berjalan dengan lancar," kata rakan sepasukannya, Sebastian Kehl.

Kembalinya Kagawa ke Dortmund sedikit sebanyak meredakan keadaan apabila pemain tengah, Nuri Sahin, Marco Reus, Jakub Blaszczykowski dan Ilkay Guendogan serta ketua pasukan Mats Hummels tidak dapat beraksi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D Liga Juara-juara.

"Kami mempunyai pasukan yang cukup semuanya. Apabila kami bekerjasama pasukan kami akan menjadi lebih kuat," kata Kagawa.

Sementara itu, Arsenal sendiri mendapatkan khidmat pemain Manchester United, Danny Welbeck yang gagal menjaringkan gol ketika bertemu Manchester City namun mereka masih mampu seri 2-2 minggu lalu.

Tandukan Martin Demichelis pada minit terakhir menafikan mata penuh kepada Arsenal dalam perlawanan itu.

Bagaimanapun, jurulatih berbangsa Perancis itu bimbang dengan kecederaan buku lali yang dialami oleh Mathieu Debuchy ketika beraksi dalam perlawanan itu malah turut risau bagi menghadapi Dortmund.

"Debuchy mengalami masalah buku lali yang serius. Saya tidak pasti berapa lama dia akan direhatkan kerana ia kelihatan teruk. Mereka memberitahu saya bahawa mereka memerlukan masa untuk mengenali pasti sejauh mana tahap keseriusan kecederaan itu.

Namun dari aspek positif, Wenger menikmati perlawanan tersebut apabila menyaksikan prestasi pemain tengah, Jack Wilshere berada di tahap yang menyakinkan," - REUTERS