Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, tunggakan itu melibatkan jumlah lebih RM1 juta berdasarkan kepada laporan yang diperoleh.

Menurutnya, lebih mengejutkan ada penaja yang langsung tidak menunaikan tanggungjawab tersebut biarpun sudah berjanji untuk berbuat demikian sebelum ini.

“Saya harap mereka yang terlibat segera berbuat demikian bagi membolehkan Kafa menyelesaikan masalah tunggakan gaji ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan barisan pemain Piala Presiden Kelantan 2017.

Pada majlis tersebut, Bibi Ramjani turut melunaskan bayaran tunggakan gaji selama dua bulan iaitu Julai dan Ogos melibatkan pemain pasukan itu. - UTUSAN ONLINE