Kafa
 

Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Bibi Ramjani berkata, kedua-dua pemain itu dilepaskan secara persetujuan bersama selepas mereka jarang mendapat tempat dalam pasukan TRW musim ini.

Menurutnya, langkah tersebut diambil bagi memberikan peluang kepada pemain tersebut untuk mengembangkan lagi bakat bersama pasukan baharu dalam saingan liga nanti.

"Selain Ahmad Sukri dan Hattapon, Kafa sedang mengenalpasti beberapa lagi pemain untuk dilepaskan secara persetujuan bersama.

"Ini merupakan sebahagian daripada langkah yang diambil Kafa dalam mengurangkan beban bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2018," katanya. - UTUSAN ONLINE