Gabriel Jesus meledak dua gol selepas Sergio Aguero meletakkan City di depan, sekali gus menghukum Liverpool yang jelas bergelut beraksi dengan 10 pemain dalam sebahagian besar permainan.

Gandingan penyerang tersebut menyudahkan hantaran berkualiti daripada Kevin De Bruyne untuk membolehkan The Citizens mendahului saingan 3-0.

Mane dibuang padang pada minit ke-37 selepas tertendang muka penjaga gol City, Ederson secara tidak sengaja ketika sedang mengejar bola.

Penyokong Liverpool berang dengan keputusan tersebut, manakala pengulas Sky Sports, Gary Neville turut mempersoalkan layangan kad merah yang dikenakan oleh pengadil, Jon Moss.

Aguero membuka jaringan ketika berdepan satu lawan satu dengan Simon Mignolet pada minit ke-28, sekali gus meletakkan penyerang Argentina itu sebagai pemain bukan Eropah yang meledak gol tertinggi dalam sejarah Liga Perdana.

Jesus kemudian menggandakan kedudukan pada waktu kecederaan babak pertama dengan menanduk bola ke gawang Reds.

Memasuki babak kedua, penyerang Brazil itu menambah gol ketiga City pada ke-53, sebelum Leroy Sane yang dibawa masuk dari bangku simpanan menyertai pesta gol City dengan turut meledak dua gol pada minit ke-77 dan 91. - AGENSI