Bintang muda dari Argentina itu mengalami kecederaan buku lali sehingga menyaksikan dia terpaksa dikeluarkan lebih awal ketika aksi domestik Serie A Itali menentang Pescara yang mana mereka menang 2-0 semalam.

Pemain itu dilihat terhencot-hencot sebaik dibentes keras pemain Pescara, Sulley Muntari pada babak kedua sebelum digantikan dengan pemain lain.

Bagaimanapun Juventus optimis penyerang itu dapat diturunkan dalam usaha mempertahankan kelebihan jaringan kerana menyedari Barcelona akan bangkit seperti mana yang mereka lakukan ke atas Paris Saint Germain (PSG) pada pusingan kedua sebelum ini.

“Dia menerima hentakan dan terseliuh sedikit tetapi kami optimis kecederaannya akan pulih,” kata jurulatih Massimiliano Allegri. – Reuters