Allegri menyuarakannya selepas dikecewakan 1-3 ketika berkunjung ke Real Madrid kelmarin, sekali gus terkandas di suku akhir menerusi agregat 4-3, selepas Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan babak kedua.

“Kami akan bangkit semula dengan kepada mendongak ke langit.

“Tiada apa yang perlu ditangisi sekarang. Kami memang kecewa namun kami perlu keluar dari mimpi ngeri tersebut dan beralih ke liga domestik Ahad ini.

“Kami mahu mengamuk di Itali untuk memenangi kejuaraan ketujuh Scudetto dan Piala Itali keempat berturut-turut,” kata Allegri.

Juara Itali itu kembali ke Turin dari Sepanyol semalam selepas mimpi ngeri daripada pengadil Michael Oliver yang melayangkan kad merah kepada Gianluigi Buffon susulan kapten Juve itu melancarkan protes ekoran penalti yang dihadiahkannya di penghujung perlawanan. - AFP