Kejayaan tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan pengendalinya Massimiliano Allegri daripada khabar angin yang mengatakan dia akan berhijrah ke Arsenal atau Paris Saint-Germain selepas merangkul empat kejuaraan liga dan dua piala bersama Juve.

“Jika mereka tidak memecat saya, saya dapat lihat peluang saya kini cerah untuk berada di Juventus pada musim hadapan,” katanya.

Biarpun penghuni tempat kedua, Napoli berjaya menewaskan Sampdoria 2-0, namun keputusan seri Juve di Stadio Olimpico sudah memadai untuk mereka menjulang kejuaraan Serie A bagi edisi ke-34 itu.

Juve kini berkelebihan empat mata di hadapan Napoli dengan berbaki satu lagi perlawanan.- AGENSI