Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Juventus juara Piala Itali

PEMAIN Juventus meraikan kejayaan pasukan itu memenangi perlawanan
PEMAIN Juventus meraikan kejayaan pasukan itu memenangi perlawanan akhir Piala Itali, di Stadium Olympic awal pagi tadi . - REUTERS

ROME 18 Mei - Juventus menjulang kejuaraan Piala Itali buat kali ketiga berturut-turut selepas jaringan Dani Alves dan Leonardo Bonucci memastikan pasukan itu menang 2-0 di Stadium Olympic, awal pagi tadi.

Skuad Old Lady yang semakin hampir untuk merangkul kejuaraan Serie A buat kali keenam berturut-turut akan bertemu Real Madrid dalam saingan akhir Liga Juara-Juara di Cardiff pada 3 Jun ini, sekali gus meletakkan mereka di landasan memburu gelaran treble.

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri berkata, permulaan yang baik menjadi faktor kemenangan pasukannya dalam perlawanan tersebut.

“Kami mendominasi perlawanan sejak awal lagi sebelum pertahanan kami diuji dengan beberapa percubaan pasukan lawan,” kata Allegri.

Sementara itu, Allegri berkata, tumpuannya kini adalah untuk aksi hujung minggu ini bagi mendapatkan kemenangan ke atas Crotone yang sekali gus akan mengesahkan gelaran Serie A.

“Kami telah memenangi satu gelaran musim ini dan kini kami mahu gelaran kedua iaitu ketika menentang Crotone pada Ahad ini.

“Saya dapat jangkakan perlawanan tersebut bakal berlangsung sukar,” kata Allegri. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain