Dua jaringan Mehdi Benatia, selain gol menerusi Douglas Costa dan jaringan sendiri Nikola Kali­nic memastikan Juventus merangkul trofi keempat berturut-turut dan ke-13 keseluruhan.

Anak-anak buah Massimiliano Allegri itu juga semakin hampir untuk mempertahankan gelaran Serie A selepas mendahului liga dengan 91 mata, enam mata me­ngatasi Napoli ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Itu bermakna, Juventus hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengesahkan gelaran Serie A buat kali ketujuh berturut-turut. Mereka akan bertandang ke AS Roma, Ahad ini, diikuti menentang Verona pada 21 Mei.

“Pemain-pemain kami menampilkan permainan luar biasa dan berhak menang.

“Sekarang kami perlu memastikan trofi Scudetto (Serie A) menjadi milik kami secara kiraan matematik dan menikmati keseronokan musim yang luar biasa ini,” kata Allegri.

AC Milan, yang kini menghuni tempat keenam dalam Serie A, amat berharap untuk melakar kemenangan dalam dua baki perlawanan bagi menjamin tempat mereka dalam saingan peringkat kumpulan Liga Europa. – AFP