Kemenangan itu meletakkan Juventus di kedudukan teratas liga selepas mengumpul 73 mata dengan musim ini berbaki sembilan perlawanan sahaja lagi, lapan mata di depan Roma di tempat kedua yang menewaskan Sassuolo 3-1 dan 10 mata di depan Napoli, menang 3-2 ke atas Empoli.

Cuadrado membuat penampilannya yang ke-50 untuk penyandang juara itu menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas menerima hantaran lintang daripada Kwadwo Asamoah pada minit ketujuh sebelum melakukan tandukan terbang untuk memastikan skuad kendalian Massimiliano Allegri mendahului permainan. - REUTERS