Menurutnya, dia hanya berpegang kepada peraturan bahawa perlawanan tidak boleh diadili oleh pengadil dari negeri pasukan tuan rumah.

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana Abdul Halim berasal dari Perak.

“Saya tak halang pegawai keempat (menggantikan Hamdan) kami hanya ikut peraturan, jadi tiada isu. Ini pertama kali berlaku. Ada empat pegawai perlawanan tetapi pegawai yang keempat dari ‘home ground’, saya tak pernah tengok keadaan ini, mungkin saya baru di sini.

“Kita sepatutnya bersedia jika berlaku keadaan seperti ini. Katakanlah pengadil tidak cergas atau rebah, kita tak boleh jangka pengadil cergas untuk 90 minit perlawanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan, semalam.

Perak dan Kedah terikat 1-1 dalam perlawanan itu. Perak mendahului hasil jaringan Brendan Gan pada minit ke-18, namun, Kedah menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi gol Renan Da Silva Alves.

Perlawanan terhenti hampir setengah jam mulai minit ke-60 apabila Hamdan keluar padang kerana mengalami kejang otot. Perlawanan disambung pada minit ke-88 dengan pembantu pengadil 1, Mohd Shahreen Omar menggantikan Hamdan.

Aidil Sharin berkata, beliau tidak menyalahkan pengadil yang gagal meneruskan tugas­nya untuk mengendalikan perlawanan sebaliknya bersimpati dengan Hamdan.

Katanya, dia melihat kesungguhan Hamdan untuk terus mengadili perlawanan, namun, gagal disebabkan kecederaan yang serius.

“Saya nampak dia menahan sakit untuk cuba terus mengadili perlawanan. Saya berharap dia cepat sembuh,” katanya.