Dua lagi yang mengikat kontrak selama setahun itu ialah bekas pemain pertahanan Kelantan, Amiridzwan Taj Tajudin dan Yong Kuong Yong yang sebelum ini ber­aksi bersama Pulau Pinang dalam Liga Perdana.

Majlis menandatangani kontrak tiga pemain itu berlangsung semalam di hadapan Timbalan Pre­siden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Marzuki Sulong, Setiausaha Agungnya, Arpin Draman dan ketua jurulatih Ahmad Yusof di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Joseph, 28, berkata, dia kembali menyertai Terengganu bukan disebabkan faktor gaji sebaliknya, kerana inginkan ketenangan.

Pemain sayap itu pernah ber bersama skuad Penyu dari 2007 hingga 2011, malah membantu pa­sukan dari Pantai Timur itu menjuarai Piala FA pada 2011 sebelum kembali menyertai pasukan negeri kelahirannya.

“Saya minta pelepasan dengan pihak pengurusan Sarawak kerana masih banyak tugasan yang belum saya langsaikan di sini. Saya mahu mengubah landskap bola sepak Terengganu, dengan semangat berpasukan, tidak mustahil skuad ini mampu berjaya.

“Ini merupakan tugas yang berat kerana saya membawa harapan rakyat Terengganu. Bukan soal gaji yang menjadi keutamaan kerana saya boleh terus bersama Sarawak atau pasukan lain. Di sini tidak serabut,” katanya.

Pemain pertahanan Amiridzwan Taj, 29, pula berkata dia menyertai Terengganu kerana berasakan pasukan itu mampu memberikan cabaran kuat musim depan.

“Saya nampak keseriusan pasukan ini. Terengganu bukan asing untuk saya, sebelum ini saya pernah bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Wakaf Tengah di sini, jadi saya sudah terbiasa dengan suasana dan persekitarannya,” katanya.