Totti berusia 40 tahun menghabiskan 24 tahun kariernya sebagai pemain bola sepak bersama kelab Itali itu sebelum bersara pada Mei lalu.

Pada Selasa, roket yang membawa jersi bernombor 10 yang dipakai Totti dalam perlawanan terakhirnya ketika menentang Genoa telah selamat dilancarkan dari French Guyana.

Penyerang itu telah menjaringkan 307 gol dalam 786 penampilannya bersama kelab itu sejak berusia 16 tahun pada 1993 dan telah memenangi satu gelaran Serie A.

Totti bakal mengalas tugas sebagai pengarah kelab Itali tersebut. - AGENSI