Serge Gnabry dan Leroy Sane masing-masing menjaringkan gol untuk membolehkan Jerman mendahului perlawanan di Amsterdam tetapi Memphis Depay mengubah kedudukan selepas menjaringkan satu gol dan membantu mencipta satu jaringan.

Ketika perlawanan hampir berkesudahan seri, Nico Schulz hadir dengan jaringan lewat perlawanan untuk memberikan kemenangan kepada Jerman dalam aksi di Arena Johan Cruijff.

Keputusan itu menyaksikan Jerman berjaya melunaskan dendam ke atas Belanda di atas kekalahan 3-0 tahun lalu dan ia merupakan kejayaan pertama mereka di tempat lawan kepada Belanda dalam tempoh 23 tahun.

Low percaya, pasukan muda yang dikendalikannya perlu bersabar bagi membolehkan Jerman bangkit daripada aksi memalukan di Piala Dunia tahun lalu.

“Separuh masa pertama berjalan dengan baik dengan kami mengawal permainan.

“Jaringan separuh masa kedua datang pada saat yang kurang baik. Hari ini kami memerlukan nasib untuk menang.

“Kemenangan di Belanda adalah sangat baik. Bagaimanapun kami perlu bekerja keras lagi,” kata Low-AGENSI