“Mats Hummels mungkin tidak dapat bermain. Dia menghadapi masalah tulang leher semalam dan keadaannya masih tidak bagus.

“Kami masih ada masa tetapi apabila perkara seperti ini berlaku, ia biasanya tidak boleh pulih dalam tempoh semalaman,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew dalam sidang akhbar hari ini.

Pemain Chelsea, Antonio Ruediger dijangka mengisi kekosongan Hummels untuk berganding dengan Jerome Boateng di bahagian pertahanan tengah.

Selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Mexico dalam aksi pembukaan Kumpulan F, Ahad lalu, Jerman, yang turun sebagai juara bertahan berdepan misi wajib menang ke atas Sweden untuk mencari tiket ke peringkat kalah mati.

Kekalahan kepada Sweden mampu menunjukkan jalan keluar lebih awal kepada anak-anak buah Loew, bergantung kepada keputusan satu lagi perlawanan antara Mexico dan Korea Selatan. - AFP