Skuad Samurai Biru yang mengejutkan Colombia 2-1 dalam aksi pembukaan akan meraih tiket ke peringkat kalah mati jika berjaya menewaskan Senegal, yang turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas Poland pada perlawanan pertama.

Akira Nishino yang dilantik sebagai jurulatih Jepun beberapa minggu sebelum Piala Dunia bermula berkata, kekuatan utama Senegal adalah kepantasan mereka, dan berjaya menyekat penyerang Liverpool, Mane mampu mengurangkan keupayaan pasukan itu.

Katanya lagi, untuk ‘mengorek’ rahsia Mane, dia akan menggunakan bekas rakan sepasukannya ketika beraksi bersama Southampton, Maya Yoshida.

“Saya diberitahu, dia pemain yang sangat bahaya. Bukan Yoshida sahaja, tetapi ramai pemain lain turut memberi infomasi tentang Mane. Jadi, saya fikir kami harus menangani pemain ini.

“Saya percaya kami boleh mengendalikannya tetapi melihat kelincahan yang dimiliki Mane, ia sangat sukar untuk menyekatnya, sama ada dalam situasi satu lawan satu atau tiga lawan satu,” katanya Nishino. - AFP