Katanya, pasukannya bermain dengan baik termasuk melakukan pelbagai asakan tetapi tiada sentuhan penyudah berkesan untuk menghasilkan gol dalam perlawanan itu.

Dalam aksi tersebut, Perak beraksi tanpa kehadiran Gilmar Jose Da Silva yang mengalami kecederaan selain Zac Anderson dan Leandro Dos Santos yang digantung perlawanan.

Pertemuan itu menyaksikan, Harold Mark Goulon pada minit ke-56 untuk memastikan skuad Tok Gajah meraih tiga mata.

“Kami bermain dengan baik tetapi tiada sentuhan penyudah manaka Pahang berjaya menjaringkan gol hasil situasi bola mati.

“Kami juga bermain dengan hanya menggunakan tenaga pemain tempatan selepas Wander (Luiz) dikeluarkan sebelum rehat,” katanya.-UTUSAN ONLINE