Pemain tengah Aston Villa itu yang terlepas kempen terakhir kelayakan Asia akibat kecederaan membuka jaringan pada minit ke-54 selepas sepakan percuma yang diambilnya terkena pemain lawan, Henry Figueroa sebelum bola memasuki gawang.

Dia menceriakan kira-kira 77,060 penonton di Stadium ANZ apabila menjadikan kedudukan 2-0 dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72 selepas pengadil dari Argentina, Nestor Pitana menghadiahkan penalti kerana bola terkena tangan Bryan Acosta.

Tuan rumah dihadiahkan satu lagi penalti pada minit ke-85 yang disempurnakan dengan baik oleh Jeninak untuk membawa Australia melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali keempat berturut-turut.

Gol saguhati Honduras diperoleh pada waktu kecederaan menerusi penyerang, Alberth Elis.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam playoff pertama di San Pedro Sula pada Jumaat lalu. - AGENSI