JDT

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers hari ini.

“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi kelab bola sepak JDT adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan seperti mana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri, dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama.

“Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang,” maklum kenyataan tersebut.

JDT dinobat sebagai juara Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam saingan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.- UTUSAN ONLINE