Kemenangan itu dibayar dengan harga yang mahal apabila dua pemain Kelantan Muhammad Daniel Hakim dan Cristiano Santos diperintahkan keluar padang selepas masing-masing menerima kad kuning kedua pada masa-masa kecederaan pada babak kedua.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan menampilkan aksi hambar. Bagaimanapun tuah lebih berpihak kepada Kelantan apabila memperoleh sepakan penalti pada penghujung babak pertama selepas Muhammad Imran Samso dijatuhkan oleh Marcos Antonio

Cristiano Santos yang mengambil sepakan itu berjaya menewaskan penjaga gawang JDT Mohd. Farizal Marlias untuk meletakan tuan rumah selesa dihadapan selain menamatkan kemarau jaringan selama 810 minit sejak menyertai The Red Warriors (TRW) Mei lalu.

Bersambung babak kedua, pelawat yang terdesak untuk menyamakan kedudukan lebih banyak mendominasi perlawanan menerusi serangan bertali arus ke kubu TRW namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.

Minit ke-75, pemain gantian Muhammad Hakimi Abdullah hampir menambah derita JDT kegopohan pemain itu menyebabkan peluang keemasan itu gagal disudahkan.

Jaringan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan meraih tiga mata pertama. -UTUSAN ONLINE.