Beraksi di tempat lawan tidak memberi masalah untuk skuad kendalian Raul Longhi itu membawa pulang tiga mata bagaimanapun mereka terpaksa menanti hingga minit ke-32 untuk memecah kebuntuan hasil jaringan Fernando Andres Marquez.

Tuan rumah cuba mencuri satu mata berharga apabila Issey Nakajima berjaya menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki lima minit.

Bagaimanapun, hasrat skuad kendalian Dollah Salleh itu untuk berkongsi mata tidak kesampaian apabila Gonzalo Cabrera menyempurnakan penalti pada minit kecederaan babak kedua.

Kekalahan Pahang itu menyaksikan mereka kekal di tangga ketiga liga dengan 24 mata, kurang tiga mata berbanding Perak yang berada di tempat kedua. - UTUSAN ONLINE